Sunday, June 20, 2010

PAU GEBU


Bahan-bahannya
500 gm tepung gandum
1 sdt yis segera
1/4 cawan minyak jagung
50 gm gula
1 ¼ cawan air
Sedikit garam
2 sdt double acting baking powder

Cara-caranya
1. Larutkan gula dalam air (jadikan sirap)
2. Ayak bersama tepung, yeast & garam kedalam mangkok besar
3. Buat bulatan di tgh2 tepung tadi dan tuangkan sirap, minyak dan uli dengan tangan hingga adunan licin (dlm 20 minit)
4. Biarkan doh rehat sebentar (dlm 10 – 15 minit)
5. Uli lagi adunan sambil masukkan double acting baking powder
6. Canai dan isikan inti dan biarkan naik (dlm 20 minit) baru lah di kukus

KEPAK AYAM MADU


Bahan-Bahan:

10 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada suluh
Minyak untuk memanggang

Cara Memasak:

1) Gaulkan ayam bersama semua bahan hingga sebati.
2) Kemudian perap semalaman dan simpan di dalam peti sejuk.
3) Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan
perapan pada kepak ayam. Terbalikkan ayam dan panggang sekata. Angkat dan sedia untuk
dihidangkan.

Saturday, June 19, 2010

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahannya
1 ekor ayam – dipotong
1 biji telur
3sm tepung jagung

Bahan hiris
1 biji bwg besar
Halia
3 biji bwg putih
1½ sm gula
2st rempah garam masala
2st serbuk cili kering
1st serbuk kunyit
Daun kari
Garam

Cara-caranya
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 4 jam.
3. Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

NASI AYAM


Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
serbuk perasa
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Goreng Ketumbar
1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam


Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam

Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam, serbuk perasa dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Keluarga Diana kalau buat nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Goreng Ketumbar
Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing. Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya

Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

Nota: Kepada yang suka, air rebusan ayam boleh juga digunakan untuk masak nasi. Ini terpulang pada individu. Sup Nasi Ayam juga sedap kalau letakkan kaki ayam dan leher ayam, kepada yang suka. Boleh juga menyediakan Sayur Chap Chai untuk dimakan bersama Nasi Ayam.

TEPUNG PELITA



Bahan-bahan:

- Untuk lapis bawah
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh kapur sirih
3) 4-5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

- Untuk lapis atas
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa
2) 1 senduk tepung beras
3) ½ sudu teh garam


Cara penyediaan:


- Untuk lapis bawah

1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.
4 )Masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak, anggaran 20 minit.

- Untuk lapis bawah

1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat)

PULUT BANGKOK




Bahan A
500gm beras pulut
300ml air
100ml santan pekat (KARA)
Pewarna hijau
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B
1/2 cawan gula pasir
sedikit air
1 biji kelapa parut putih
1/4 teh garam
1 helai daun pandan

Cara-cara

1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga a
tau empat bahagian.